Teknik Mudah Dan Pantas Untuk Mencari Kerja Di Kelantan


Ramai yang bertanyakan kepada saya macam mana nak tahu jawatan kosong yang sesuai untuk diri ada di Kelantan. Ada jugak yang whataspp meminta tolong carikan kerja untuk mereka yang available di Kelantan tapi maaflah saya nak bagitau awal-awal ianya sukar kerana kadang kala kita terlupa.

Jadinya untuk post kali ini, saya ingin berkongsi cara mudah dan pantas bagaimana mencari dan memohon pekerjaan yang ada di Kelantan.

Pertamanya korang kena bukak website https://www.jobsmalaysia.gov.my/jobsmy/home seperti dibawah


Lepas tu korang klik kat Carian Terperinci. Nanti akan keluar macam gambar di bawah ini


Kat perincian tu korang isi lah apa yang korang nak cari. Contohnya kat lokasi tu korang letak Kelantan, lepas tu jenis pekerjaan nak yang macam mana. Tangga gaji nak dalam lingkuan berapa, pilih kelayakan, pilih berapa tahun pengalaman, nyatakan pilihan kategori pekerjaan dan kesesuaian kerja.

Nak mudah lagi, korang hanya letak lokasi tu Kelantan, lepas tu klik butang CARI yang terletak alik bawah.

Nanti akan keluar senarai pelbagai jawatan kosong di Kelantan


Lepas tu let say korang dah terjumpa jawatan kosong yang korang berkenan dihati, klik pada jawatan itu.


Lepas tu klik pada butang Mohon Jawatan. Senang tu kan nak cari kerja kat Kelantan. Takdelah payah mana pun kan.

Comments