Jawatan Kosong Ace Gases


Semalam tengah belek2 jobstreet saya ternampak ada jawatan kosong kat Ace Gases Sdn Bhd. Untuk pengetahuan korang semua syarikat ini adalah sebahagian dari Kelington Group Bhd yang disenaraikan kat bursa saham KL. Syarikat ini berpengkalan di Shah Alam dan mempunyai banyak cawangan di luar negara seperti di Singapura, Taiwan dan China.

Syarikat ini terlibat dalam menyediakan engineering services gas dan sistem kimia kepada industri semikonduktor.

Jawatan yang ditawarkan adalah:

Operations Engineer
  • Gaji yang ditawarkan adalah sekitar RM4000 hingga RM6000.
  • Sekurang-kurang 3 tahun pengalaman dalam operasi atau projek industrial gas atau berkaitan.
  • Mampu bekerja dalam multi discipline projek.
  • Seorang yang bagus bekerja dalam kumpulan dan kemampuan untuk memimpin dan multi task.

Sebenarnya requirement dan deskripsi kerja panjang lebar lagi tapi korang boleh baca sendiri nanti kat SINI

Jika korang rasa berminat, korang bolehlah cuba memohon dengan klik SINI

Inshaallah kepada mereka yang tengah mencari kerja tu akan dapat kerja jika sentiasa mintak kerja. Yang penting jangan mengalah.


Comments